Tips Untuk Subdealer Onexox

Assalamualaikum wbr dan Salam Hormat..

Bertemu kembali. Dalam artikel saya kali ini, saya akan kongsikan STEP 1 yang mesti anda lakukan terutamanya jika anda bergelar orang baru (new subdealer) dalam bisnes Onexox. Sebagai orang baru, semestinya anda perlukan tips dan panduan bagaimana nak besarkan bisnes Onexox. Semestinya anda JANGAN MUDAH KECEWA sekiranya menerima penolakan dari prospek. Jadi untuk mengelakkan anda melakukan kesilapan awal ketika closing prospek, saya sediakan LANGKAH PERTAMA yang mesti anda lakukan!

PERTAMA… Anda mesti khatam semua info berkenaan simkad ONEXOX seperti kadar panggilan, plan internet, pelan flexi DA dan MA, 10 F & F untuk kesemua Telco, Season Pass dan sebagainya. INI SANGAT PENTING supaya bila ada soalan dari bakal prospek, anda dapat jawab semua soalan DENGAN YAKIN. Sekiranya anda sendiri tergagap-gagap bila jawab soalan dari bakal prospek, sudah pasti prospek tidak yakin dengan produk anda.

 

Siapakah PROSPEK PERTAMA yang anda perlu closing terlebih dulu??

  1. Diri sendiri dan ahli keluarga termasuk suami/isteri dan anak-anak MESTI jadikan Onexox sebagai talian utama. Jika anda gagal memujuk anak-anak, isteri atau suami supaya jadikan Onexox sebagai talian utama… anda sebenarnya GAGAL untuk melangkah lebih jauh! Jadi, anda boleh lupakan niat anda untuk closing rakan-rakan anda kerana anda GAGAL di langkah yang pertama(ahli keluarga). Bagaimana anda boleh mempengaruhi orang lain untuk menggunakan talian Onexox.
  2. Sekiranya anda berjaya dalam Langkah Pertama, anda boleh mula sebarkan penjimatan di kalangan adik beradik, saudara mara dan sepupu-sepapat.
  3. Dan akhir sekali, barulah anda boleh besarkan bisnes anda di kalangan kenalan-kenalan di tempat kerja.(PENTING!! Khatam dulu bab simkad, baru boleh buka mulut). Prospek akan mudah yakin dengan apa yang disampaikan oleh anda.

 

Sebagai kesimpulannya, dalam STEP PERTAMA, sebaik sahaja anda jadi SD (Start from zero).. jual.. jual.. jual (daftar user – target awal minima 20 user beserta topup minima RM5) untuk naik pangkat sebagai Dealer. Pada masa ini, anda perlu banyak belajar & bertanya dengan penaja anda. Pada peringkat ini juga anda kerja seorang. P.S. Mereka yang tidak sabar dan yang nak cepat kaya akan berasa KECEWA kerana insentif hanya beberapa RM atau puluh RM sahaja sebulan. Harus diingat, pada masa ini akan ramai SD yang terus tidur, tidak aktif, port out atau buat bisnes lain kerana tidak sabar…

 

Sehingga bertemu semula dalam STEP KEDUA sebagai pengedar Onexox.

#Step 1 Untuk New Subdealer Onexox

PERCUMA!

Isi nama dan email terbaik anda di bawah dan klik "SAYA NAK RAHSIA INI!" untuk download PERCUMA Ebook Eksklusif ini...


Nama :
Emel :

Nota : Autoresponder adalah dikuatkuasakan oleh Emelmatik.com dan hak privasi anda adalah dijaga sepenuhnya.